12/05/2010

3 Disember 2010

3 Disember 2010
Hari keramat bagi ku
kerana apa?
kerana kebodohan ku
kerana apa?
kerana ke'Selfishness' an ku

kenapa 3 Disember 2010?
kenapa tidak hari lain,
minggu lain,
bulan lain,
tahun lain,
kenapa sekarang?

aku cuba untuk bertahan,
tapi aku hanya mampu berdiam tanpa kata,
tergamam, tercengang seperti orang bodoh,
seperti motor yang rosak di tepi selekoh,
hanya mampu menunggu tanpa berbuat apa-apa.

segala apa yang aku lakukan
segala apa yang aku ungkapkan
segala apa yang aku syairkan
itu lah kebenaran

tapi kenapa?
tapi mengapa?
tapi yang tidak berpenghujung
menjadi tandatanya kepada yang berkunjung

owh 3 Disember 2010,
bolehkah aku undur masa?
bolehkah aku tarik kata-kata?
sudah tentu jawapan nya tidak~

aku terpaksa menarik diri
aku terpaksa memendam isi hati
aku terpaksa membiarkan pergi
kerana aku pentingkan diri

apakah semua ini?
tanya pada diriku,
kerana aku seorang sahaja yang tahu~



10/29/2010

revolusi, transformasi atau Ilusi?

ketika telinga mendengar
siaran radio bersilih ganti,
tiba-tiba terdengar lagu
keliru oleh kumpulan bunkface..
"inikah revolusi, atau hanya ilusi"
ketika asyik sibuk mendengar,
terdetik perkataan transformasi,
yang kian hanGat diperkatakan..

TransFormasi,
perubahan daripada baik kepada terbaik,
"good to great"
"high to higher"

TransFormasi,
adakah ini realiti atau sekadar illusi,
if keep talking and doing nothing,
then everything is nothing..
adakah setiap insan menghayati,
transFormasi yang cuba disampaikan,
transFormasi yang diinginkan,
bawa kita kearah lebih maju?

siapa?
yang perlu sahut Transformasi,
Siapa?
yang perlu manjadikan ianya realiti,

t@nya pada siapa?
tanya pada kesedaran sendiri



10/28/2010

Persepsi oWh Persepsi

ketika mata meliar mencari fokus,
terlalu banyak perkara yang dilihat,
lalu wujudlah satu pemikiran,
pandangan-pandangan,
fahaman kefahaman,
dari sudut berbeza,
menurut cita rasa.

Persepsi owh persepsi
mampukah kau menjawap
sebabnYa kacau bilau,
SebabnYa pertelingkahan,
sebabnYa permusuhan,

Harus tanya Pada siapa?
sebab berlainan idealogi..

Harus tanya Pada siapa?
sebab wujudnya pelbagai konspirasi..

hanya satu
kau dan aku berbeza,
punya sudut pandangan yang berlainan,
maka untuk bersama,
kau dan aku mesti punya persefahaman,

Persepsi umpama bom jangka,
mampu memecahbelahkan keluarga,
satu persatu organisasi tumbang,
gara-gara bom jangka gagal dimatikan

oleh itu,
melihatlah dari pelbagai sudut
baru kau dan aku boleh bersama
dan..

t@nya pada siap
a?
tepuk dada, tanya diri sendiri.







10/27/2010

t@nya pada siapa?

iTu lah perkara yang bermain di minda
begitu banyak persoalan,
begitu banyak keraguan,
begitu banyak kecelaruan,
begitu banyak kefahaman.

harus pada siapa?
perkara ini diajukan,
dan pada siapa?
perkara ini dileraikan,
mungkin sekarang tiada jawapan,
mungkin lusa tiada jawapan,
atau sampai bila-bila tidak terjawap,
pertanyaan yang timbul entah dari mana,
dan kita....

t@nya pada siaPa?